Thursday 26 January 2012

Samsung Galaxy Note

Hari ni saya akan buat satu review khas berkenaan dengan Galaxy Note ini.. Jom sambung baca…
1) Samsung Galaxy Note dicipta khas sebagai pengganti kepada buku nota yang biasanya digunakan oleh kita semua.. Kalau biasanya kalau jumpa customer di luar, nak tulis note pun atas buku nota.. Tapi dengan adanya Galaxy Note ini, ianya pasti memudahkan anda!
2) Saiz Skrin yang sederhana besar 5.3″ sahaja! Kalau dibandingkan dengan Galaxy Tab, saiznya lebih kecil dan mudahuntuk dimasukkan ke dalam poket baju, seluar dan senang untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Saiz skrin sebegini adalah saiz yang paling optimum dan memudahkan untuk anda menonton video, menulis nota, membalas mesej dan mengangkat telefon.
Jom kita lihat perbandingan saiz antara Galaxy Note dengan Galaxy SII dan Apple iPhone 4:-
3) Skrin Resolusinya adalah lebih bagus dari Samsung Galaxy S2 kerana ianya adalah Super Amoled HD.
4) Lebih laju dari Galaxy S2 kerana ianya adalah 1.4GHz Dual Core. Galaxy S2 hanya 1.2GHz Dual Core.
5) Sangat sesuai untuk Multi-Tasking. Ini adalah kerana Galaxy Note boleh download movie, baca email, applikasi dan dalam masa yang sama fungsi telefon anda masih lagi ada.
6) Mempunyai kamera belakang 8 MP (ada flash) dan kamera depan 2 MP. Wowww!!

No comments:

Post a Comment