Thursday 9 February 2012

PERBEZAAN PSP 3000,3001,3002,2006 AND 2004




Apakah perbezaan antara PSP 3000 dan PSP 3001?/PSP3004 dan PSP 3006?/PSP 2000 dan PSP 2001? dan lain-lain. Semenjak menceburi dunia Playstation Portable, pelbagai persoalan yang telah saya dengari tidak kiralah yang kecil mahupun masalah yang besar. Namun persoalan inilah yang kerap kali diungkap oleh pengguna-pengguna PSP terutamanya pengguna-pengguna yang masih baru dengan dunia ini. Pada post kali ini, Fixmyproblems telah merungkaikan maklumat mengenai perbezaan di antara model-model PSP ini.

Untuk pengetahuan anda sekalian, Sony telah memasang dan mengeluarkan produk-produk mereka (PSP) di negara yang berbeza-beza. Maka hardware (motherboard) yang dipasang mempunyai region code berbeza bergantung di mana PSP ini dipasang.

  • Tujuan utama Sony menggunakan region code yang berbeza hanyalah untuk 'mengunci' penggunaan PSP UMD Movies. Maksudnya, jika anda ingin menonton movie yang terdapat di dalam UMD Disk, anda perlu menggunakan UMD Disk yang dikeluarkan oleh negara yang sama dengan negara yang telah mengeluarkan PSP anda.
  • Selain itu, region code juga mempengaruhi network update location. Jika anda update firmware PSP menggunakan fungsi Network Update yang terdapat pada PSP anda, fungsi tersebut akan mendapatkan file update yang telah dikeluarkan oleh negara yang mengeluarkan PSP anda.
  • Perkara yang terakhir yang mempunyai hubungkait dengan region code PSP adalah penggunaan atau fungsi button [CIRCLE] atau [CROSS]. Jika PSP yang dikeluarkan daripada negara Jepun, PSP ini menggunakan button [CIRCLE] sebagai fungsi enter. Sebaliknya, bagi PSP yang dikeluarkan oleh negara lain, PSP tersebut menggunakan button [CROSS] sebagai fungsi enter.
Makluman tambahan
  • Anda boleh mengubah fungsi button [CIRCLE] dan [CROSS] pada recovery mode PSP anda.

maklumat yang telah dikumpulkan :







2 comments: